Majlis Penyerahan Pinjaman Netbook Fasa 1/2019 Kepada Sekolah telah dilaksanakan pada 24 Januari 2019 (Khamis), bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya.
Majlis tersebut dikendalikan oleh Ketua Unit, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Pulau Pinang, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Seberang Jaya dan semua staf PKG Seberang Jaya.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Teluk Bahang, SMK Kampong Kastam, SMK Telok Air Tawar dan SJK(C) Chung Hwa Pusat. Pengagihan netbook ini sebagai makmal mudah alih untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah. Semua wakil sekolah menerima 21 buah netbook untuk pinjaman dan majlis berjalan dengan lancar.








