Makmal Komputer merupakan nadi bagi sesebuah sekolah. Menyedari kepentingan Makmal Komputer, satu gerakan bersepadu iaitu Bengkel Transformasi Makmal Komputer menjadi matlamat dan harapan PKG Seberang Jaya agar Makmal Komputer itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah. Bidang pengurusan, penggunaan, keceriaan dan aktiviti Makmal Komputer ini diberi perhatian khusus agar murid-murid khasnya menjadikan Makmal Komputer sebagai tempat untuk menimba pelbagai ilmu sebagai persediaan awal ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang.
Bengkel ini dilaksanakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai :
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak sekolah khasnya kepada Guru Penyelaras ICT dalam menguruskan Makmal Komputer sekolah secara profesional.
- Meningkatkan pengurusan Makmal Komputer secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta penggunaan.
- Mengujilari capaian internet di SK Permatang Pauh.
- Membaikpulih dan menyelenggara komputer makmal.
- Meningkatkan penggunaan Makmal Komputer di kalangan warga sekolah selaras dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
- Mewujudkan suasana Makmal Komputer yang lebih kondusif.
Bengkel berjalan dengan lancar.






