- 14 Mei 2019 (Selasa) 9.00 pagi-11.00 pagi - Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya
- 14 Mei 2019 (Selasa) 12.00 tengah hari-2.00 petang - Bilik Mesyuarat, PKG Seberang Jaya
- 15 Mei 2019 (Rabu) 9.00 pagi-11.00 pagi - Bilik Mesyuarat, SK Mengkuang
- 15 Mei 2019 (Rabu) 12.00 tengah hari-2.00 petang - Bilik Mesyuarat, SK Mengkuang
Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihak FrogAsia Training dengan kerjasama Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Seberang Perai Tengah.
Bengkel ini bertujuan membantu sekolah untuk merealisasikan visi mencapai kemenjadian murid melalui peningkatan akademik subjek teras menggunakan VLE.
Di samping itu juga, guru-guru dapat :
- Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) subjek yang dapat diaplikasikan di dalam kelas.
- Dapat memanfaatkan aplikasi FrogHub untuk tujuan pembangunan profesional.
- Dapat mempraktikkan rancangan pengajaran yang dihasilkan bersama peserta bengkel.
- Memahami bagaimana menggunakan Boost dan Quizzes untuk membantu peningkatan prestasi murid.



