Monday, 13 May 2019

BENGKEL PELAPORAN PELAKSANAAN SOKONGAN BILIK DARJAH VLE 1BESTARINET SEKOLAH FOKUS DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Bengkel Pelaporan Pelaksanaan Sokongan Bilik Darjah VLE 1BestariNet Sekolah Fokus Daerah Seberang Perai Tengah telah dilaksanakan pada 10 Mei 2019 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Guar Perahu.

     Bengkel tersebut dikendalikan oleh pihak FrogAsia Training dengan kerjasama Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Seberang Perai Tengah.

    Bengkel ini bertujuan membantu pentadbir sekolah untuk merealisasikan visi mencapai kemenjadian murid melalui peningkatan akademik subjek teras menggunakan VLE.

     Di samping itu juga, pentadbir dapat :
  1. Membantu pembudayaan VLE.
  2. Menjadi pentadbir sekolah yang dicontohi.
  3. Sokongan daripada pelbagai pihak. 
     Sekolah ahli PKG Seberang Jaya yang terlibat ialah SMK Sama Gagah, SMK Prai, SK Jalan Baharu dan SK Permatang Pauh.  Bengkel berjalan dengan lancar.