Tuesday, 22 October 2019

BENGKEL TRANSFORMASI ICT BILIK KOMPUTER SK TAMAN INDERAWASIH

Bengkel Transformasi ICT Bilik Komputer SK Taman Inderawasih telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2019 (Isnin), bertempat di Bilik Komputer, SK Taman Inderawasih  yang melibatkan tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer, PKG Daerah Seberang Perai Tengah.

     Bilik Komputer merupakan nadi bagi sesebuah sekolah.  Menyedari kepentingan Bilik Komputer, satu gerakan bersepadu iaitu Bengkel Transformasi ICT Bilik Komputer menjadi matlamat dan harapan PKG Seberang Jaya agar Bilik Komputer itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah.  Bidang pengurusan, penggunaan, keceriaan dan aktiviti Bilik Komputer ini diberi perhatian khusus agar murid-murid khasnya menjadikan Bilik Komputer sebagai tempat untuk menimba pelbagai ilmu sebagai persediaan awal ke arah pencapaian akademik yang lebih cemerlang.

     Bengkel ini dilaksanakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut tercapai :
  1. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak sekolah dalam menguruskan Bilik Komputer sekolah secara profesional.
  2. Meningkatkan pengurusan Bilik Komputer secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta penggunaan. 
  3. Mengujilari capaian internet di SK Taman Inderawasih.
  4. Membaikpulih dan menyelenggara komputer.
  5. Meningkatkan penggunaan Bilik Komputer di kalangan warga sekolah selaras dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  6. Mewujudkan suasana Bilik Komputer yang lebih kondusif.
         Bengkel berjalan dengan lancar.